Korban lembu sado 1.3 tan

Lembu sado seberat 1.3 tan antara haiwan yang dikorbankan pada majlis itu hari ini.
Lembu sado seberat 1.3 tan antara haiwan yang dikorbankan pada majlis itu hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Seekor lembu jantan baka Charolois seberat 1.3 tan antara ternakan yang menjadi pilihan untuk dikorbankan sempena sambutan Aidiladha di Masjid Jaya Gading hari ini.

Apa yang menariknya, lembu yang digelar lembu sado oleh penduduk kerana bersaiz besar itu menjadi pilihan penduduk setempat untuk datang bagi melihat lembu terbabit.

Imam satu Masjid Jaya Gading, Wan Ali Wan Sembok, 63, berkata, lembu tersebut berusia tiga tahun dibeli dari penternak di kampung itu dengan berharga RM11,500.

Menurutnya, haiwan tersebut sudah cukup umur dan boleh dijadikan dikorbankan sempena hari Aidiladha.

“Lembu ini mempunyai daging yang banyak dan mampu mencapai berat sekitar 200 kilogram (kg).

“Daging lembu ini akan diberikan 10 kg bagi setiap bahagian dan selebihnya akan diagihkan kepada golongan memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas berakhirnya ibadah menyembelih haiwan korban di pekarangan Masjid Jaya Gading hari ini.

Selain lembu charolois lima lagi lembu biasa yang disumbangkan oleh individu turut dikorbankan pada majlis terbabit.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut mengenai majlis itu, Wan Ali berkata, ia merupakan kesinambungan program sebelum ini.

Jelasnya, sebelum ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang menyumbangkan haiwan ternakan untuk tujuan agihan kepada penduduk setempat.

“Jadi, kita laksanakan juga majlis ini bagi menyambung legasi supaya penduduk kampung dapat merasa sumbangan hasil korban secara terus menerus.

“Kita lihat mereka gembira bila mendapat sedikit daging daripada ibadah ini kerana ada antara kita yang tidak dapat beli daging dan mereka juga dapat merasai pemberian ini,” katanya.

Beliau berkata, lebih 400 orang akan mendapat pemberian daging korban daripada enam ekor lembu yang disembelih itu.

Dalam pada itu, Wan Ali mahu menjadikan majlis ini sebagai acara tahunan masjid.