Buruh maut, motosikal terbabas

Keadaan motosikal yang digunakan mangsa
Keadaan motosikal yang digunakan mangsa
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang buruh maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tembok kiri di Jalan Selesa Jaya, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.14 pagi itu, mangsa Jeak Anak Belajak, 28 yang tercampak dari motosikalnya telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala

Mangsa kemudiannya telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian setelah diperiksa oleh pihak Ambulans yang tiba.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asistan Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 sedang dalam perjalanan dari arah bandar Selesa Jaya, di sini menghala ke Nusa Bestari, di sini.

"Punca kejadian adalah disebabkan daripada kecuaian mangsa sendiri yang gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.

"Motosikal tersebut mengalami kerosakan pada bahagian tepi sebelah kiri yang mana melibatkan bahagian luar motosikal dan cermin sisi pecah," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Dzulkhairi berkata, siasatan lanjut masih lagi diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: