Red ONE teruskan tradisi program korban

Mohd Nazmun (tengah, lapan kanan) bergambar bersama wakil red ONE, AJK surau dan peserta selepas selesai majlis korban di Surau Haji Mubin, Kampung Padang di sini, semalam.
Mohd Nazmun (tengah, lapan kanan) bergambar bersama wakil red ONE, AJK surau dan peserta selepas selesai majlis korban di Surau Haji Mubin, Kampung Padang di sini, semalam.
A
A
A

KUANTAN - Syarikat telekomonikasi Red ONE meneruskan tradisi tanggungjawab sosial korporatnya dengan menganjurkan program korban sempena hari raya Aidiladha bersama masyarakat.

Tahun ini syarikat berkenaan menganjurkan program korban di dua lokasi setiap negeri pantai timur dan salah satunya di Surau Haji Mubin, Kampung Padang di sini, semalam.

Program di sini dianjurkan dengan kerjasama ahli jawatan kuasa surau dengan lapan ekor lembu ditumbangkan termasuk dari sumbangan Red One.

Pengurus Projek Red Qurban 2019 yang juga Pengurus Saluran red ONE Pahang, Mohd Nazmun Mohd Noor berkata, program korban menjadi tradisi red ONE setiap tahun bagi menghargai dan meraikan rakan niaga.

Menurutnya, pada masa sama ia juga sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial korporat syarikat kepada masyarakat.

" Program ini diadakan sebagai isyarat kepada masyarakat setempat dan rakan niaga bahawa red ONE sentiasa di hati masyarakat dengan slogan 'red ONE back to basic' dan red ONE adalah Postpaid Paling Jimat.

"Ia termasuk Plan postpaid terbaru Amazing 28+ iaitu Data 8GB LTE dan Amazing 58 iaitu 25GB LTE", katanya ketika ditemui pada program korban berkenaan di sini, semalam.

Artikel Berkaitan:

Mohd Nazmun (dua kiri) bersama wakil red ONE yang menyertai program korban bersama masyarakat di Surau Haji Mubin, Kampung Padang di sini, semalam
Mohd Nazmun (dua kiri) bersama wakil red ONE yang menyertai program korban bersama masyarakat di Surau Haji Mubin, Kampung Padang di sini, semalam

Beliau hadir mewakili Penasihat Kanan red ONE Wilayah Timur, Datuk Sulaiman Ahmad.

Turut hadir, Pengurus Jualan Pahang red ONE Leau Woei Jian mewakili Pengarah Jualan Wilayah Timur, Steven Yong,

Mohd Nazmun berkata, sebagai menghargai rakan niaganya, red ONE menganjurkan Cabaran Bonanza Kereta BMW X1 dan Perodua Aruz sempena majlis makan malam bersama Rakan Niaga pada Januari 2020 di Genting Highlands.

"Sempena majlis korban hari ini (semalam) red ONE amat berbesar hati dan berterima kasih kepada rakan niaga Kuantan dan ahli jawatan kuasa Surau Haji Mubin atas kerjasama diberikan sekaligus menjayakannya seperti dihasratkan.

"Kami juga berharap program seumpama ini dapat teruskan setiap tahun sebagai tradisi menghargai rakan niaga dan masyarakat setempat", katanya.