Syahir, Zulkifli bakal kembali sertai kem kebangsaan

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, perbincangan bagi menyelesaikan isu ini kini berada di tahap terakhir.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, perbincangan bagi menyelesaikan isu ini kini berada di tahap terakhir.
A
A
A

DUA tekong utama yang digugurkan, Mohd Syahir Rosdi dan Muhammad Zulkifli Abd Razak bakal kembali menyertai skuad kebangsaan selepas persetujuan bersama dicapai dengan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, perbincangan bagi menyelesaikan isu ini kini berada di tahap terakhir yang akan memberikan keputusan positif kepada kedua belah pihak.

"Saya difahamkan PSM akur dengan keputusan bayaran elaun yang ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN) kerana sebelum ini kita dapat laporan PSM melakukan perubahan sendiri dari segi pemberian elaun.

"PSM kini akur dengan ketetapan dan pendirian dari MSN, dari segi status pemain pula kedua atlet tersebut akan dipanggil memberi penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Disipilin.

"Sebagai Menteri saya tidak boleh paksa mereka tapi menasihati, selepas pertemuan besar kemungkinan mereka akan kembali dalam skuad kebangsaan selepas Aidiladha nanti," tegasnya.

Untuk rekod, Syahir dan Zulkifli sebelum ini digugurkan sebagai atlet negara dan dikeluarkan dari skuad sepak takraw kebangsaan serta digantung sementara daripada melibatkan diri dalam sebarang aktiviti sukan berkenaan.

Tindakan drastik PSM dilihat memberikan impak besar kepada persiapan skuad negara terutamanya menjelang temasya Sukan SEA Filipina yang semakin hampir.

Kedua-duanya sudah membuktikan kemampuan menyumbang bakti kepada negara apabila meraih emas di Sukan SEA 2015 dan 2017 dalam acara regu.

Artikel Berkaitan:

Gandingan mereka bersama Farhan Adam dan Azlan Alias turut memastikan emas Malaysia di Sukan Asia 2018 sekali gus menamatkan kemarau 24 tahun negara di temasya itu.