71 mangsa ribut dipindahkan ke tiga pusat pemindahan

Beberapa deretan kedai makan di Bayan Lepas turut rosak.
Beberapa deretan kedai makan di Bayan Lepas turut rosak.
A
A
A

GEORGETOWN - Seramai 71 mangsa ribut di negeri ini dipindahkan ke tiga pusat pemindahan berikutan kediaman mereka rosak teruk dipukul angin kencang dalam kejadian malam tadi.

Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, seramai 22 orang daripada empat keluarga ditempatkan di pusat pemindahan Masjid Kuala Juru, SPT pada jam 8.30 pagi tadi.

Menurutnya, selain masjid tersebut, Dewan Kafa Kuala Juru, SPT juga dibuka bagi menempatkan sembilan mangsa daripada dua keluarga.

"Di bahagian pulau pula, 42 penduduk Mutiara Idaman Satu dipindahkan ke pusat pemindahan Masjid Hashim Yahya, Jelutong kerana kediaman mereka rosak akibat ribut malam tadi,” katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini namun dua penunggang motosikal dilaporkan cedera kerana ditimpa pokok.

"Mereka ditimpa pokok ketika sedang menunggang motosikal di bandar ini dan Juru ketika kejadian ribut malam tadi. Mereka dilaporkan stabil dan jumlah yang dirawat di hospital kini tujuh orang.

"Dalam kejadian itu, lima orang tercedera dan kesemuanya dirawat di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya," katanya

Artikel Berkaitan:

Kawasan sangkar ikan di beberapa pulau kecil di sini turut terjejas akibat dipukul ombak dan angin kuat.
Kawasan sangkar ikan di beberapa pulau kecil di sini turut terjejas akibat dipukul ombak dan angin kuat.

Menurutnya, seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) terselamat selepas rumahnya ditimpa pokok. Lelaki berusia 36 tahun itu berjaya diselamatkan anggota bomba yang bergegas ke lokasi kejadian.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Seberang Perai menerima128 laporan pokok tumbang membabitkan 98 lokasi di kawasan tanah besar.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, daripada jumlah tersebut, lima batang pokok tumbang dan menghempap rumah penduduk.

"Tiga pokok tumbang di kawasan lapang manakala 120 batang pokok membabitkan halangan lalu lintas termasuk tiga yang menghempap kereta. Kejadian ribut ini juga menyebabkan kerosakan bahagian bumbung pada 206 rumah di kawasan tanah besar.

"Kejadian ribut yang berpunca daripada ekor Taufan Lekima yang melanda Timur China menyebabkan taburan hujan sebanyak 53 milimeter dengan kelajuan angin 100.8 kilometer sejam. Bagaimanapun, tiada kejadian banjir dilaporkan," katanya.

Dalam padan itu, dilaporkan kawasan sangkar ikan di beberapa pulau kecil di sini turut terjejas akibat dipukul ombak dan angin kuat.

Artikel Disyorkan