Ribut: 310 kes pokok tumbang direkodkan di Kedah

Anggota APM bertungkus lumus melakukan kerja pembersihan di kawasan Padang Terap, awal pagi tadi
Anggota APM bertungkus lumus melakukan kerja pembersihan di kawasan Padang Terap, awal pagi tadi
A
A
A

ALOR SETAR - Sebanyak 310 laporan kes pokok tumbang di kawasan jalan raya, kawasan awam dan kawasan penduduk diterima selepas ribut melanda beberapa kawasan di Kedah, malam tadi.

Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah mengesahkan jumlah kes pokok tumbang direkodkan itu diterima sehingga jam 2.30 pagi tadi.

Menurutnya, kerja-kerja pengoperasian dan pembersihan di kawasan yang terjejas sedang giat dijalankan oleh semua agensi-agensi yang terlibat.

"Agensi terlibat termasuklah APM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), polis dan pejabat daerah.

"Setakat ini, kira-kira 31 mukim dari sembilan daerah seperti Langkawi, Kubang Pasu, Pendang, Kota Setar,Padang Terap, Sik, Kuala Muda, Yan dan Kulim terjejas akibat ribut itu," katanya.

Bagaimanapun, keadaan terkawal dan tiada pusat pemindahan sementara yang dibuka.

Artikel Berkaitan: