Nelayan hilang, jatuh laut ketika angin kencang

Beberapa bot nelayan turut membantu dalam pencarian Azimat. Gambar kecil: Azimat Hasan
Beberapa bot nelayan turut membantu dalam pencarian Azimat. Gambar kecil: Azimat Hasan
A
A
A

JERLUN - Seorang nelayan masih belum ditemui selepas terjatuh daripada bot fiber di perairan Jeti Tok Arab di sini kira-kira jam 9.50 malam tadi ketika angin kencang.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, laporan kehilangan Azimat Hasan, 62, diterima daripada orang awam setelah dimaklumkan anak mangsa.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diaktifkan pada jam 10.30 malam tadi.

"Bagaimanapun Bot Kilat 29 yang diarahkan untuk melakukan pencarian terpaksa berpatah balik berikutan cuaca buruk selain ombak setinggi lima meter," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, operasi SAR kemudiannya disambung semula pada jam 7.30 pagi tadi yang meliputi keluasan 17 batu nautika persegi.

"Kejadian ini turut dihebahkan kepada komuniti nelayan setempat yang turut menghulurkan bantuan dalam operasi ini,"katanya.

Artikel Berkaitan: