Bayi perempuan maut dengan 39 kesan cedera

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang bayi perempuan berusia 12 bulan maut disyaki akibat didera dalam kejadian di Gombak, Ahad lalu.

Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata berdasarkan siasatan mendapati kematian bayi berkenaan berpunca daripada kecederaan parah di kepala disebabkan objek tumpul, selain terdapat 39 kesan kecederaan di bahagian badan mangsa.

“Pengasuh sebelum itu membawa mangsa ke klinik swasta berdekatan dalam keadaan tidak sedarkan diri, dan mendakwa mangsa terjatuh ketika berdiri dari atas sofa di rumahnya.

“Mangsa dikatakan jatuh terlangkup dan suspek mendakwa dia tidak sedar berhubung kejadian itu kerana berada di dapur, sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun Samsor berkata, dakwaan serta alasan diberikan suspek tidak konsisten, menyebabkan polis menahan pengasuh berkenaan bersama suaminya, serta ibu mangsa yang masing-masing berusia 28 hingga 34 tahun pada Selasa lalu, bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati pengasuh dan suaminya mengaku terbabit dalam kejadian itu.

“Semakan mendapati lelaki terbabit memiliki enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Ketiga-tiga mereka direman tujuh hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.- Bernama

Artikel Berkaitan: