Dua nelayan selamat, sembilan masih hilang

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Dua daripada 11 nelayan dari Brunei Darussalam yang hanyut ke perairan Malaysia ditemui selamat sekitar Pulau Tiga, tengah hari ini.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam kenyataan memaklumkan seorang daripada mangsa kelihatan lemah dan dibawa ke jeti APMM Sepanggar sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurut APMM, pihaknya menerima maklumat itu dari National Search dan Rescue Coordination Committee kerajaan Brunei berhubung kejadian itu pada 7 Ogos lepas.

"Pusat Operasi Menyelamat Maritim (MRCC) Putrajaya telah menyalurkan maklumat dan memohon bantuan aset dari agensi sahabat bagi mengesan mangsa," menurut kenyataan itu.

Pihak MRSC Kota Kinabalu dimaklumkan oleh pelaut tempatan, kelihatan sembilan orang memakai jaket keselamatan di sekitar perairan Semarang pada Rabu lepas.

Sebuah pesawat TUDM digerakkan ke kawasan itu untuk mengesan mangsa namun tidak menjumpai sebarang petunjuk.- Bernama

Artikel Berkaitan: