Budak lelaki trauma dicabul dalam restoran

Baharudin Mat Taib
A
A

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak lelaki menempuh detik-detik hitam apabila cuba dicabul oleh seorang lelaki warga asing di sebuah restoran di Seksyen 19, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia tujuh tahun bersama keluarganya sedang makan di restoran sebelum pergi ke sinki untuk membasuh tangan.

Menurut sumber, mangsa dipanggil masuk ke dalam tandas, sebelum suspek bertindak mengunci pintu tandas itu.

"Mangsa dipaksa suspek untuk duduk di atas ribanya, suspek juga meminta mangsa meletakkan kakinya ke atas kemaluan suspek," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang ketakutan kemudiannya mendapatkan keluarganya sebelum ibu mangsa bertindak membuat laporan polis.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian.

"Tangkapan ke atas suspek yang merupakan warga asing telah dijalankan.

"Siasatan lanjut mengenai kejadian ini sedang dijalankan oleh pihak polis," katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 14(b) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia