Enam sekeluarga lalui detik cemas kereta terbakar

Anggota bomba berusaha memadamkan api pada sebuah kereta yang terbakar di Kilometer 146.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) tengah hari tadi.
Anggota bomba berusaha memadamkan api pada sebuah kereta yang terbakar di Kilometer 146.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) tengah hari tadi.
A
A
A

MARAN - Sebuah keluarga berdepan detik mencemaskan apabila kereta yang dinaiki mereka terbakar di Kilometer 146.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 12.31 tengah hari itu, pemandu dan penumpang kereta Proton Persona terbabit yang terdiri daripada dua lelaki, tiga wanita dan seorang kanak-kanak lelaki terselamat selepas sempat keluar dari kenderaan yang terbakar.

Kereta Proton Persona yang terbakar di Kilometer 146.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) tengah hari tadi.
Kereta Proton Persona yang terbakar di Kilometer 146.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) tengah hari tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Anuar Hassan berkata, empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat.

"Kita mengambil masa kira-kira 27 minit untuk memadamkan api pada kenderaan tersebut yang musnah hampir 100 peratus.

"Dalam kejadian ini, salah seorang penumpang iaitu seorang wanita berusia 56 tahun mengalami trauma dan dihantar ke Klinik Kesihatan Maran untuk menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan: