Tiga sekolah di Kepong terima peruntukan RM20,000

Lip Eng (tiga, kiri) bergambar bersama wakil pihak sekolah yang menerima bantuan tersebut.
Lip Eng (tiga, kiri) bergambar bersama wakil pihak sekolah yang menerima bantuan tersebut.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Tiga buah sekolah di Parlimen Kepong masing-masing menerima peruntukan sebanyak RM20,000 bagi menambah baik kemudahan asas dan prasarana untuk kegunaan pelajar.

Sekolah terbabit, Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah dan Sekolah Kebangsaan La Salle 2.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, pihaknya memilih ketiga-tiga buah sekolah itu berikutan institusi pendidikan berkenaan tidak pernah menerima sebarang peruntukan malah kemudahan sedia ada dalam keadaan daif.

"Saya mengambil insiatif dengan menggunakan peruntukan Ahli Parlimen bagi memberikan sedikit bantuan memandangkan banyak kelengkapan serta kemudahan dalam keadaan menyedihkan," katanya selepas menyampaikan cek kepada tiga buah sekolah terbabit, hari ini.

Lip Eng berkata, walaupun kerajaan berhadapan kekangan kewangan, pihaknya akan cuba memohon peruntukan yang mencukupi kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk disalurkan kepada sekolah yang memerlukan di Parlimen Kepong

“Dengan pemberian peruntukan ini saya berharap pihak sekolah dapat memanfaatkan sebaiknya demi kebaikan pelajar di sekolah masing-masing.

"Saya dimaklumkan sekolah-sekolah ini sangat memerlukan dana untuk membaik pulih infrastruktur dan kemudahan sedia ada. Jadi diharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan guru dan kakitangan di sekolah terlibat,"katanya.

Dalam pada itu, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah, Syed Zakaria Syed Hassan berkata, pihaknya amat mengalu-alukan peruntukan tersebut bagi menambah baik kemudahan di sekolah berkenaan yang berada dalam keadaan usang.

"Sekolah ini sudah berusia 50 tahun dan banyak kemudahan lama digunakan disini malah ada juga yang turut diserang anai-anai.
Artikel Berkaitan:


"Jadi kami amat berterima kasih di atas peruntukan ini bagi membantu pelajar sekolah mendapatkan pendidikan dalam suasana lebih selesa," katanya.

Menurutnya, kebanyakan kemudahan di bilik kelas seperti meja, lampu, dan kerusi sudah rosak dan perlu diganti atau ditambah baik demi keselesaan pelajar.