X

Kindly register in order to view this article
!

Pas anggap Wan Ji menyusahkan rakyat Melaka

Wan Ji
A
A

MELAKA - Penceramah kontroversi Wan Ji Wan Hussin dianggap Pas Melaka sebagai individu yang menyusahkan rakyat negeri ini.

Malah dakwa Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamaruddin Sidek, penceramah bebas terbabit sering membawa ajaran-ajaran pelik.

"Saya pun berasa hairan mengapa pemimpin kerajaan negeri ketagih sangat mengundang Wan Ji ke Melaka, seolah-olah sudah tiada penceramah lain.

"Lagipun, nama Wan Ji pun agak kotor pada pandangan rakyat bahkan ada yang menganggap beliau banduan terlepas disebabkan Mahkamah Tinggi Selangor menjatuhkan hukuman penjara setahun kerana menghina institusi raja," katanya.

Beliau mengulas mengenai penahanan Wan Ji semalam oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) ketika diminta hadir ke pejabat agensi agama itu bagi untuk memberi keterangan berhubung tindakannya memberi ceramah tanpa tauliah pada kuliah subuh di Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj, Bukit Beruang pada 14 Julai lalu.

Bagaimanapun, Wan Ji dibebaskan oleh Mahkamah Syariah Melaka, petang semalam setelah menjelaskan wang jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin.

Kamaruddin berkata, Pas Melaka mengucapkan syabas kepada Bahagian Penguatkuasa JAIM kerana mendakwa penceramah itu semalam.

"Baru-baru ini berlaku kekecohan di Masjid Parit Melana, Durian Tunggal disebabkan kehadiran Wan Ji walaupun orang kampung sudah buat laporan polis agar dibatalkan ceramahnya.

"Sebenarnya Wan Ji bukan penceramah bebas bahkan beliau diketahui umum mewakili parti tertentu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis ilmu dihadiri Wan Ji bertukar kecoh


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!