Cara mencegah berlakunya keputihan

No Image Caption
A
A
A
MASALAH keputihan sering membelenggu para wanita dan memberi ketidakselesaan jika ia terlalu serius. Bahkan masalah di sudut sulit berkenaan boleh mengganggu kestabilan emosi dan fizikal seseorang itu.

Femina kongsikan beberapa cara mencegah penyakit keputihan itu.

1) Kerap menggantikan tuala wanita ketika kedatangan haid.

2) Pastikan bahagian faraj sentiasa dalam keadaan bersih dan kering.

3) Hindarkan pembersih faraj yang mengganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.

4) Guna pelapik seluar dalam (panty liner) ketika diperlukan sahaja

5) Jangan pakai seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada satin.

6) Jangan guna sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.

7) Hindarkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
Artikel Berkaitan: