PH tak pernah lantik mana-mana pihak jadi media rasmi: Saifuddin

Kenyataan akhbar dikeluarkan Sekretariat PH sebentar tadi menafikan melantik mana-mana pihak menjadi media rasmi.
Kenyataan akhbar dikeluarkan Sekretariat PH sebentar tadi menafikan melantik mana-mana pihak menjadi media rasmi.
A
A
A

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk menjadi media sosial rasmi.

Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata demikian merujuk kepada satu kenyataan media yang dimuat naik oleh sebuah kumpulan dikenali sebagai RF8 Army Youth Media menerusi hantaran di akaun Facebook kumpulan itu hari ini.

Beliau berkata, menerusi hantaran tersebut kumpulan itu menyatakan, 'RF8 Media telah mendapat mandat menjadi media sosial rasmi Pro Kerajaan Baru PH'.

Kenyataan media yang dimuat naik menerusi hantaran di Facebook RF8 Army Youth hari ini.
Kenyataan media yang dimuat naik menerusi hantaran di Facebook RF8 Army Youth hari ini.

"Kita tak pernah lantik atau beri sebarang mandat kepada mana-mana pihak untuk jadi media sosial rasmi," katanya dalam satu kenyataan akhbar, malam ini.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di akaun Facebook RF8 Army Youth Media mendapati kenyataan media mendakwa mendapat mandat menjadi media sosial rasmi Pro PH itu dimuat naik kira-kira empat jam lalu oleh kumpulan tersebut.

Menerusi kenyataan sama, RF8 Media menulis kumpulan itu merupakan sayap/ struktur yang dipersetujui oleh Sekretariat RF8 secara rasmi khususnya bagi belia dari umur 18- 30 tahun dan menyokong sepenuhnya Ketua Pemuda PH dan kerajaan PH.

Kumpulan itu kononnya 'sedang mencari ‘5 Wakil General’ dari Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Perak dan Melaka yang boleh bersama sama kami untuk membantu media RF8 Army Youth Media sosial kerajaan dan banteras Cytro pembangkang dan info palsu demi menjaga keharmonian Kerajaan kita dan memberi maklumat yang sahih kepada umum', tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Akaun Facebook berkenaan juga mendapat lebih 1,000 pengikut.