RFID mampu kurangkan masalah kesesakan jalan raya

Baru Bian
Baru Bian
A
A
A

SHAH ALAM - Teknologi pembayaran tol secara elektronik RFID dijangka dapat mengurangkan kesesakan jalan raya yang dihadapi pengguna di negara ini selepas ia dilaksanakan sepenuhnya nanti.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, teknologi itu kini masih dalam proses percubaan.

"Namun kita percaya RFID adalah salah satu cara untuk mempermudahkan masalah kesesakan di jalan raya.

"Selain itu, bagi memastikan masalah kesesakan ini ditangani, sistem jalan perlu diselenggara dan berada dalam keadaan baik," katanya pada program Bicara Minda Sinar Harian di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Baru berkata, bagaimanapun dalam merealisasikan perkara itu, pihaknya mengalami kekangan untuk membangunkan infrastruktur kerana peruntukan yang terhad.

"Untuk selenggarakan seluruh jalan raya persekutuan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, kita memerlukan minimum RM2.3 bilion tapi malangnya yang diagihkan kepada kementerian hanya 50 peratus.

"Namun begitu ia hanya salah satu faktor penyumbang dan kita di kementerian tetap akan buat yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan: