'Jangan ulangi langkah Kajang'

Ahmad Yunus (duduk, tiga dari kiri) dan Mat Nadzari (duduk, empat dari kiri) serta kepimpinan Pas dan UMNO pada sidang media selepas Mesyuarat Sekretariat Perpaduan Ummah antara Pas dan UMNO di Bangunan UMNO Selangor, hari ini.
Ahmad Yunus (duduk, tiga dari kiri) dan Mat Nadzari (duduk, empat dari kiri) serta kepimpinan Pas dan UMNO pada sidang media selepas Mesyuarat Sekretariat Perpaduan Ummah antara Pas dan UMNO di Bangunan UMNO Selangor, hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Jangan ulangi langkah Kajang, demikian tegas Pas dan UMNO mengenai pergolakan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.

Ia berikutan kekecohan yang didakwa berlaku dalam komponen PH di negeri ini.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata Pas dan UMNO telah mengambil ketetapan dan pendirian agar diharap tidak akan berulang kembali Langkah Kajang kedua dalam soal jawatan Menteri Besar kali ini.

"Kita cukup khuatir dan kita tak mahu kekecohan ini menjadi satu isu yang besar akhirnya berulang kembali di Selangor.

"Pas dan UMNO juga mengambil pendirian menyokong Amirudin Shari terus kekal sehingga habis tempoh sebagai Menteri Besar di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Sekretariat Perpaduan Ummah antara Pas dan UMNO di Bangunan UMNO Selangor, di sini hari ini.

Turut hadir dalam mesyuarat ini Pengerusi UMNO Negeri Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

Katanya, apa yang berlaku dalam PH ini tidak memberi sebarang manfaat.

Artikel Berkaitan:

"Saya lihat pihak Istana pun tidak berminat dengan isu-isu sebegini, kerajaan pada hari ini perlu terus menjaga kebaikan dan keperluan rakyat.

"Hentikanlah remeh-temeh berkaitan dengan gejolak atau kekecohan di kalangan mereka," katanya.

Jelasnya, terdapat isu dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini sehingga ada cadangan pindaan rang undang-undang berkaitan enakmen pentadbiran agama Islam negeri Selangor.

Dalam pada itu, mesyuarat kali pertama Jawatankuasa Penyelarasan Perpaduan Ummah UMNO-Pas peringkat negeri Selangor memutuskan untuk mewujudkan enam jawatankuasa mengikut peringkat.

Sementara itu Mat Nadzari berkata, semua perkara yang diputuskan adalah menjurus untuk mengekalkan momentum kerjasama dan seterusnya mencapai objektif menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.