Projek kuari di Gunung Pulai dijamin tidak jejas alam sekitar: Mukhriz

Gunung Pulai
Gunung Pulai
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan negeri memberi jaminan projek kuari di Gunung Pulai tidak memberi kesan kepada alam sekitar meskipun ia diteruskan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya memahami rintihan disampaikan masyarakat Baling yang dibangkitkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Mukhriz berkata, buat masa ini kerajaan negeri masih meneruskan projek kuari batu kapur itu di bawah yayasan yang merupakan anak syarikat Yayasan Islam Kedah Holdings Sdn Bhd (Yiked).

“Bagaimanapun, kita di peringkat kerajaan negeri telah diberi jaminan bahawa oleh yayasan bahawa semua kajian Laporan Impak Penilaian Alam Sekitar (EIA) dan syarat dikenakan akan dipatuhi.

“Menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memastikan syarat berkenaan tak dilanggar,” beliau berkata sedemikian ketika ucapan penggulungan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ke 14 di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Menurut Mukhriz, pihak berkenaan juga akan berusaha mendapat kelulusan EIA semula memandangkan yang sebelum ini telah tamat tempoh.

“Adapun projek kuari berkenaan mestilah berdasarkan EIA baru dan syarat baru,” katanya.

Katanya, pihaknya turut jaminan bahawa gua-gua yang terdapat di kawasan Gunung Pulai berkenaan tidak akan terjejas, sekali gus mematuhi syarat dikenakan.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan gesaan supaya projek kuari di Gunung Pulai dibatalkan segera demi mengekalkan keindahan alam sekitar dan warisan sejarah di kawasan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk bantah operasi kuari