Wan Ji ditahan JAIM beri ceramah tanpa tauliah

Wan Ji Wan Hussin
Wan Ji Wan Hussin
A
A
A

MELAKA - Pendakwah, Wan Ji Wan Hussin, 37 ditahan oleh pegawai Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pagi tadi untuk membantu siasatan berhubung tindakannya memberi ceramah tanpa tauliah ketika kuliah Subuh di Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj, Bukit Beruang pada 14 Julai lalu.

Pengarah JAIM, Md Azhan Samad berkata, penahanan itu dilakukan kira-kira jam 11.30 pagi semasa Wan Ji hadir ke pejabat JAIM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung perkara itu.

"Ya Wan Ji (ditahan) di Melaka jam 11.30 pagi tadi. Saya sedang dapatkan maklumat lanjut kerana difahamkan tindakan Bahagian Penguatkuasaan JAIM mengikut enakmen dan peraturan semasa (Seksyen 70 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991).

"Ia (penahanan Wan Ji) berkaitan laporan kes di Masjid Bukit Beruang (Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj) dan ia adalah prosedur biasa untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. Kalau ada 'prima facie' barulah kita dakwa tapi kalau tiada, kes ditutuplah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan laporan berkenaan tangkapan pendakwah itu oleh pegawai JAIM hari ini.

Artikel Berkaitan: