Umie simpati nasib 26 jemaah haji terkandas

No Image Caption
A
A
A
PELAKON, Datin Seri Umie Aida bersimpati atas nasib 26 jemaah haji Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah, Arab Saudi, baru-baru ini.

Pelakon filem Dukun itu berkongsi luahannya menerusi Instastory akaunnya pada Khamis, pagi tadi.

“Sama-sama kita mendoakan 26 jemaah yang terkandas, ALLAH berikan rezeki tahun depan untuk mengerjakan ibadah haji dan memberikan ganjaran atas kesabaran melalui ujian ini. Amin,” coretnya.

Umie dan suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang pertama kali menunaikan rukun kelima, ibadah haji yang kini berada di Makkah turut memanjatkan doa agar semuanya dipermudahkan.

No Image Caption



“Semoga ALLAH berikan kesihatan yang baik dan kesabaran kepada kita semua jemaah haji dalam mengerjakan ibadah kepada ALLAH.

“Semoga kita semua mendapat haji mabrur. Amin,” akhirinya.

Selain Umie, antara selebriti tanah air yang sedang melaksanakan haji ialah Hajjah Neelofa, Wany Hasrita, Amira Othman, Erra Fazira, Ashraf Muslim, dan PU Rizz.

Artikel Berkaitan: