Jadi pegawai ADUN tak semestinya kena naik kereta

Pak Ngah Yie bersama motosikal kesayangannya.
Pak Ngah Yie bersama motosikal kesayangannya.
A
A
A

BALING - Pegawai khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selalunya sinonim dengan kereta mewah.

Tetapi lain ceritanya bagi pegawai khas ADUN pembangkang di Baling yang sanggup berkorban menjalankan tugas walaupun hanya menaiki motosikal EX5.

Fakrurazi Ahmad,55, berkata, beliau mula berkhidmat sebagai pegawai khas kepada ADUN Bayu, Abd Nasir Idris sejak Pas menang kali pertama Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Menurutnya yang lebih dikenali sebagai Pak Ngah Yie dalam kalangan penduduk, menunggang motosikal bukan perkara baharu tetapi sudah digunakan sejak 20 tahun lalu bersama Pas.

"Dahulu motosikal digunakan untuk urusan parti saja. Tetapi hari ini ia digunakan untuk urusan parti dan wakil rakyat. Motosikal Pak Ngah gunakan sekarang ialah milik Pas Kawasan Baling.

"Menaiki motosikal melancarkan pergerakan Pak Ngah yang perlu banyak masuk ke kampung untuk menyelesaikan masalah penduduk sekiranya wakil rakyat mempunyai tugasan lain. Ia lebih efektif berbanding menaiki kereta," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Fakrurazi, bekerja dengan wakil rakyat yang mesra dipanggil Cikgu Nasir berdepan masalah sebenar rakyat menyemai perasaan prihatin dan kasih sayang dalam hidupnya.

"Kebanyakan penduduk di sini adalah penoreh getah. Hidup mereka tertekan apabila harga barang hari ini mahal tambahan pula harga getah skrap hanya di paras RM2.20.

Artikel Berkaitan:

"Setiap hari rakyat akan datang ke Pejabat DUN Bayu untuk meminta barang makanan. Walaupun tiada peruntukan tetapi wakil rakyat bantu sedaya yang mampu," katanya.

Katanya, antara perkara menyentuh hatinya apabila ramai warga emas yang sakit dan perlukan rawatan datang ke pejabat untuk dapatkan sumbangan.