'Nora i love u, mom is here'

Operasi pencarian Nora akan mainkan rakaman dari telefon bimbit terus ke pembesar suara.
Operasi pencarian Nora akan mainkan rakaman dari telefon bimbit terus ke pembesar suara.
A
A
A

SEREMBAN - "Nora darling, Nora... I love u, mom is here," itu rakaman suara Meabh Jaseprine Quoirin, ibu kepada Nora Anne Quoirin, 15, yang mula dimainkan pada operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja itu yang dijalankan petang tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, rakaman suara ibu remaja berkenaan digunakan selepas mendapat persetujuan keluarga.

"Dalam setiap operasi kita akan mainkan rakaman dari telefon bimbit ini menggunakan pembesar suara seolah-olah ibunya yang memanggil.

“Cara ini pernah digunakan di operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tempat lain dan berkesan,” katanya pada sidang media di Balai Polis Pantai di sini hari ini.

Ditanya adakah keluarga turut serta dalam operasi itu, Mohamad berkata, pihaknya tidak menggalakkan kerana kurang sesuai dengan keadaan mereka.

Selain itu katanya, gambar remaja itu juga telah diedarkan kepada orang ramai di setiap sekatan jalan raya dan turut dimasukkan dalam sistem Nur Alert dan di portal orang hilang.

"Bermula petang ini juga kita telah gunakan sebuah helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU) yang boleh mengambil visual dari udara dengan kebolehan mengesan objek manusia dari ketinggian 1,500 kaki siang dan malam.

Artikel Berkaitan:

Mohamad ketika mengadakan sidang media di Balai Polis Pantai di sini hari ini.
Mohamad ketika mengadakan sidang media di Balai Polis Pantai di sini hari ini.

"Kita bukan sahaja buat pencarian di trek yang biasa bahkan akan melalui kawasan hutan yang sukar," katanya.

Ditanya sama ada Interpol turut membantu operasi itu, beliau berkata, pihak terbabit sudah memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia(PDRM) sejak operasi bermula.

Beliau berkata, pihaknya turut menerima pelawaan daripada pihak asing untuk turut membantu dalam operasi itu, namun tiada keperluan buat masa ini.

"Masuk hari kelima operasi kita masih belum mendapat petunjuk, namun kita tidak berputus asa dan berharap mangsa dapat ditemui segera," katanya.

Terdahulu, Mohamad turut menerima kunjungan daripada Duta Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche di Balai Polis Pantai bagi mengikuti perkembangan mengenai SAR.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna suara ibu kejutkan Nora Anne

ARTIKEL BERKAITAN Operasi cari Nora Anne tumpu di kawasan sungai

ARTIKEL BERKAITAN Bomba yakin Nora Anne masih hidup