Anjing bomba kesan jejak Nora

Mohd Nor Marzukee menunjukkan peta pencarian hari ini.
Mohd Nor Marzukee menunjukkan peta pencarian hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang digerakkan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne Quoirin, 15, telah mengesan beberapa titik dipercayai jejak remaja warga Ireland itu yang hilang dari resort penginapannya di Pantai di sini sejak Ahad lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, titik itu dikesan di enam kilometer lokasi pencarian namun setakat ini masih menemui jalan buntu.

“Sebelum ini anjing pengesan kita ada kesan beberapa titik tetapi bila kita lakukan carian di situ tak menjumpai apa-apa.

"Namun kita tetap yakin yang mangsa masih berada dalam lingkungan radius kawasan hutan sekitar resort," katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, pihaknya menggunakan strategi rakaman suara keluarga mangsa bagi mengesan kedudukan remaja Ireland itu.

Operasi kawasan pencarian sama seperti kelmarin iaitu enam kilometer dari resort mangsa hilang.
Operasi kawasan pencarian sama seperti kelmarin iaitu enam kilometer dari resort mangsa hilang.

"Kita yakin rakaman suara itu dapat membantu mengesan mangsa jadi kita akan cuba dapatkan rakaman suara keluarga yang paling rapat dengannya.

"Kalau dia rapat dengan ibunya kita akan guna rakaman suara ibunya dan juga ahli keluarga lain. Kita akan menggunakan pembesar suara memanggil," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, anggota yang terlibat dalam operasi pencarian juga diminta 'mengejutkan' Nora dengan memanggil namanya dengan harapan ia dapat membantu pencarian.

"Operasi kawasan pencarian hari ini (semalam) sama seperti semalam (kelmarin) iaitu enam kilometer dari resort mangsa hilang yang melibatkan anggota daripada pelbagai agensi seramai 252 orang termasuk menggunakan helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU) yang lebih canggih dan dua dron," katanya.