23 kes kemalangan di tempat kerja direkodkan

JKKP Perak turut menyita sebuah jentera di tapak pembinaan di Meru Raya.
JKKP Perak turut menyita sebuah jentera di tapak pembinaan di Meru Raya.
A
A
A

IPOH - Kebanyakan kemalangan khususnya kemalangan maut di tapak binaan di negeri ini didapati berpunca akibat jatuh dari tempat tinggi.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) Negeri Perak Zamzurin Maarof berkata, sehingga Julai 2019 sebanyak 23 kes termasuk melibatkan empat kemalangan maut di tapak pembinaan dilaporkan.

Menurut Zamzurin, kemalangan di tapak binaan juga dikenal pasti berlaku akibat kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Zamzurin
Zamzurin

"Hari ini adalah penutup bagi program yang bermula dari 15 Julai lalu dan ini adalah tapak binaan yang ke 27 kita periksa.

"Penumpuan kita adalah isu pematuhan kerja di tempat tinggi termasuk pemasangan perancah, house keeping, lantai terbuka, lubang terbuka dan sebagainya.

"Bagi ops kali ini, kita telah periksa 27 tapak bina dan kita dah keluarkan sebanyak 175 notis larangan bagi pelbagai kesalahan seperti ketidakpatuhan dalam kerja-kerja pemasangan perancah, bekerja di tempat tinggi tanpa menggunakan peralatan perlindungan peribadi (PPE)," katanya pada sidang media sempena Operasi Cegah Kemalangan di sebuah tapak pembinaan di Meru Raya di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, sehingga Julai 2019, sebanyak 23 kes kemalangan maut di tempat kerja termasuk empat di tapak pembinaan direkodkan JKKP Perak.

Pihak JKKP juga telah mengeluarkan 42 notis pembaikan, 179 notis larangan (pemberhentian kerja) dan 87 surat arahan.

Daripada jumlah notis larangan serta surat arahan berkenaan, sebanyak 151 kes telah dikenakan kompaun serta tiga kes telah didakwa di mahkamah.

Sementara itu Zamzurin berkata, sebanyak 37 tindakan pendakwaan dan 172 kompaun dikenakan terhadap majikan pelbagai sektor setakat ini yang melibatkan denda sebanyak RM352,700 dengan jumlah kutipan kompaun sebanyak RM237,000.

“Kita akan terus melakukan pemantauan bagi membantu mengurangkan kadar kemalangan dan seterusnya memastikan keselamatan di tapak binaan ini terjamin," katanya.