Pas bayang bertanding satu lawan satu: Mohd Amar

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

KOTA BHARU - Pas membayangkan harapan untuk bertanding satu lawan satu dengan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, namun begitu perbincangan masih belum dilakukan dengan pihak UMNO mengenai perkara tersebut.

"Itu yang kita harapkan bila buat piagam. kalau boleh satu lawan satu. Sekarang ini tiada apa keputusan lagi sebab masih terlalu awal. Kita baru letak batu asas, perkara lain belum bincang lagi.

"Perbincangan melibatkan kerusi masih belum dibuat cuma kita harap mana-mana kerusi yang sudah menang dialah yang akan bertanding. Itu kebiasaannya, itu amalan biasa," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mohd Amar mengulangi pendirian yang dinyatakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan semalam yang memberitahu tiada pertembungan kerusi antara Pas dan UMNO pada PRU nanti.

Bagaimanapun, sebarang keputusan melibatkan perkara tersebut perlu dibuat melalui perbincangan dan Pas tetap bersikap terbuka dengan sebarang ketetapan yang diputuskan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai titah Sultan Muhammad V mengenai bantuan rumah kepada tujuh keluarga yang terlibat dalam kebakaran di Dusun Muda Isnin lalu, beliau berkata, kerajaan akan melihat perkara tersebut secepat mungkin.

"Kita ambil maklum titah baginda Tuanku, insya-ALLAH kita akan carikan mereka lokasi yang terbaik sebab kami difahamkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) sudah terisi dengan pemohon.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan tengok lokasi lain yang bersesuaian nanti," katanya.

ARTIKEL BERKAITAAN: PRU15: UMNO-Pas sepakat tidak bertanding sesama sendiri