Dua sepupu 'kaki lalok' kena cekup

Antara yang ditahan dalam operasi yang dilaksanakan AADK di sekitar daerah Marang.
Antara yang ditahan dalam operasi yang dilaksanakan AADK di sekitar daerah Marang.
A
A
A

MARANG - Dua sepupu antara lima yang ditahan atas kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah dalam operasi dilaksanakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Marang semalam.

Ketua Pegawai AADK Marang, Roslina Awang berkata, dalam operasi itu, AADK memberi penumpuan terhadap aduan yang diterima daripada orang awam berhubung aktiviti penagihan di daerah itu.

Katanya, pihaknya berjaya menahan lima individu terbabit di beberapa lokasi sekitar daerah termasuk dua sepupu berumur 22 dan 25 tahun di sebuah rumah berdekatan Surau Haji Yaacob di Bukit Payong.

“Bertindak atas aduan awam dan maklumat risikan, anggota penguatkuasa AADK berjaya menahan seorang pemuda juga penganggur berusia 22 tahun di rumah tersebut kira kira jam 2.30 pagi.

"Selang dua jam kemudian sepupunya yang berusia 25 tahun juga menganggur yang baru pulang ke rumah itu turut ditahan ketika sedang tidur," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, kesemua lima individu yang ditahan dalam operasi pada awal pagi itu positif dadah, empat dari mereka didapati positif methamphetamine manakala seorang lagi positif opiat.

"Kesemua mereka direman selama 14 hari di Pusat Tahanan Reman Gambang dan kes di siasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 pindaan 1998," katanya.

Sementara itu, seramai tujuh individu turut dakwa di mahkamah pada Selasa lalu termasuk seorang wanita dan kesemua mereka telah di hantar untuk menjalani pemulihan di pusat pemulihan dadah.

Artikel Berkaitan: