67 lokasi terjejas akibat jerebu

Johan Setia, Klang, Selangor mencatatkan IPU tidak sihat setakat jam 11 pagi tadi.
Johan Setia, Klang, Selangor mencatatkan IPU tidak sihat setakat jam 11 pagi tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Kawasan Johan Setia, Klang, Selangor mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat jam 11 pagi tadi.

Berdasarkan data di laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia, Klang merekodkan bacaan IPU 119.

Sebanyak 66 lokasi lain di seluruh negara merekodkan bacaan IPU sederhana iaitu antara 54 hingga 90.

Sementara itu, Kimanis, Sabah mencatatkan bacaan IPU pada paras baik iaitu 49.

Orang ramai boleh melayari http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui maklumat IPU semasa yang dikemas kini setiap jam.

Maklumat cuaca terkini turut dipaparkan menerusi laman web MetMalaysia atau aplikasi myCuaca dan media sosial MetMalaysia.

Artikel Berkaitan: