BNM dijangka satu lagi penurunan kadar pertumbuhan ekonomi perlahan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Terdapat kemungkinan Bank Negara Malaysia (BNM) memilih satu lagi penurunan kadar pada akhir tahun ini selepas pengurangan sebanyak 25 mata asas pada Mei, berdasarkan prospek ekonomi global yang perlahan, menurut Kenanga Investment Bank.

Firma penyelidikan itu berkata BNM mempunyai ruang untuk melaksanakan satu lagi penurunan kadar secepat pada September jika prospek ekonomi terus merosot dan Rizab Persekutuan AS memberi isyarat kepada satu lagi penurunan kadar pada tahun ini.

“Mengenai prospek ringgit, kami menyemak semula unjuran akhir tahun kami ke atas dolar US dan ringgit kepada 4.20 daripada 4.10 berdasarkan China dijangka membenarkan yuan merosot, penurunan harga minyak dan kemungkinan yang tinggi BNM menurunkan kadar faedah,” katanya hari ini.

Semalam, bank pusat mengumumkan rizab antarabangsa naik kepada US$103.9 bilion sehingga 31 Julai, 2019, daripada US$103.3 bilion sehingga 15 Julai, 2019.

Menurut BNM, kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek. - Bernama

Artikel Berkaitan: