APM serah 12 ekor ular berbisa kepada Perhilitan

Tedung selar seberat 10kg dan sepanjang 6 meter antara paling berat diserahkan APM Jeli kepada Perhilitan daerah ini semalam.
Tedung selar seberat 10kg dan sepanjang 6 meter antara paling berat diserahkan APM Jeli kepada Perhilitan daerah ini semalam.
A
A
A

JELI - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jeli menyerahkan 12 ekor ular kepada

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negera (Perhilitan) daerah ini di sini semalam.

Pegawai APM daerah, Leftenan Pertahanan Awam (PA), Ahmad Suhaizi Ahmad Suhaimi berkata, penyerahan tersebut melibatkan reptilia yang berjaya ditangkap pihaknya sepanjang Julai lalu.

"Terdapat enam ekor sawa batik, selain empat ekor tedung selar dan dua dari spesis senduk.

"Ia diserahkan kepada Perhilitan Jeli untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurutnya, spesis sawa batik seberat 20kg dan sepanjang 3 meter yang berjaya ditangkap di Kampung Rahmat ialah ular paling berat dan besar diserahkan kali ini.

"Turut diserahkan tedung selar seberat 10 kilogram dengan panjang enam meter yang ditangkap di Kampung Bukit Ipoh penghujung Julai lalu," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Ahmad Suhaizi berkata, renyerahan reptilia berkenaan dilakukan mengikut keperluan dan jumlah tangkapan yang dilakukan dalam tempoh- tempoh tertentu.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pihaknya menghargai kerjasama baik diberikan pihak Perhilitan dalam semua urusan yang memerlukan tindakan bersama kedua- dua pihak.

"Kita juga berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa membantu APM dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab baik di peringkat jabatan mahupun penduduk setempat," katanya.