Lelaki maut kena serangan jantung ketika memandu

Kereta jenis Toyota Vios yang dipandu mangsa terbabas ke bahu jalan selepas diserang sakit jantung.
Kereta jenis Toyota Vios yang dipandu mangsa terbabas ke bahu jalan selepas diserang sakit jantung.
A
A
A

HULU SELANGOR - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas di Kilometer 60 Jalan Kuala Lumpur-Kuala Lipis malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.15 malam, mangsa, S Muthukumaran, 45, dipercayai mengalami serangan sakit jantung sewaktu memandu sebelum keretanya terbabas di bahu jalan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Azman Ab Rahman berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Vios dalam perjalanan Taman Utama Kuala Kubu Bharu menuju ke Pekan Kuala Kubu Bharu.

"Mangsa yang beralamat di Ipoh, Perak meninggal dunia di tempat kejadian dan dipercayai mengalami serangan sakit jantung sewaktu memandu.

"Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: