Batalkah wuduk apabila bersalam dengan orang bukan Islam?

TIDAK batal wuduk apabila kita berjabat tangan dengan sesama jantina walaupun berlainan agama.
TIDAK batal wuduk apabila kita berjabat tangan dengan sesama jantina walaupun berlainan agama.
A
A
A

SEBELUM menunaikan solat, perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah mengambil wuduk kerana ia menentukan kesahan solat berkenaan.

Antara perkara yang boleh membatalkan wuduk ialah keluar sesuatu dari qubul dan dubur serta bersentuhan kulit lelaki dan wanita yang boleh berkahwin tanpa lapik.

Namun, bagaimana pula dengan situasi apabila kita berjabat tangan dengan orang bukan Islam selepas berwuduk?

Adakah batal wuduk kita itu?

Dalam hal itu, wuduk tidak terbatal jika berjabat tangan sesama jantina walaupun berlainan agama.

Ia sebagaimana firman ALLAH SWT: "ALLAH tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berlaku adil." (Surah al-Mumtahanah, ayat 8)

Tiada salahnya kita berbuat baik kepada orang bukan Islam yang baik kepada kita, malah ia sebenarnya dituntut dalam Islam.

Semoga perkongsian itu memberi manfaat kepada kita.

Artikel Berkaitan:

(Sumber: Portal Soal Jawab Agama, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang)