Anak yatim terima sumbangan kelengkapan sekolah

Mohamed Ibrahim menyampaikan sumbangan berkenaan.
A
A

IPOH - Seramai 29 anak yatim dari Pertubuhan Bada Kebajikan Anak-Anak Yatim Darussalam menerima sumbangan kelengkapan peralatan sekolah sempena program Menggapai Impian Yayasan Universiti Teknologi Petronas (YUTP), pagi tadi.

Acara penyerahan sumbangan barangan berkenaan disempurnakan oleh Naib Canselor UTP, Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib.

Majlis berkenaan adalah antara tanggungjawab sosial korporat (CSR) universiti berkenaan dalam usaha membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan bagi menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing.

Hadir sama, Pengurus Asrama Darussalam, Norizan Razali.