'Mak tak tahu adik koma'

Wan Mohd Nussain yang retak tangan kanan ditemui di pekarangan Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang untuk melawat adiknya yang masih koma.
Wan Mohd Nussain yang retak tangan kanan ditemui di pekarangan Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang untuk melawat adiknya yang masih koma.
A
A
A

SERDANG - "Sampai sekarang mak tak tahu adik yang masih koma selepas kemalangan tempoh hari," luah Wan Mohd Nussain Wan Kamarulzaman, 40, yang sebak melihat keadaan adiknya itu.

Dalam kejadian di Kilometer 25 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) Ahad lalu itu, Wan Mohd Nussain bersama adiknya, Wan Muhamad, 36 dan Wan Azlan, 33, bersama seorang rakannya baru pulang selepas menyertai Karnival Yamaha di Maeps Serdang.

Menurutnya, ketika itu mereka hendak ke Petaling Jaya untuk mengambil Toyota Hilux bagi membawa pulang motosikal Yamaha Y15 mereka ke Kuantan, Pahang.

Wan Mohd Nussain yang retak tangan kanan ditemui di pekarangan Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang untuk melawat adiknya yang masih koma.
Wan Mohd Nussain yang retak tangan kanan ditemui di pekarangan Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang untuk melawat adiknya yang masih koma.

Semasa dalam perjalanan saya nampak Perodua Myvi itu dipandu dalam keadaan teragak-agak macam hendak ke kanan dan kiri sebelum tiba-tiba berlaku pelanggaran kereta itu dengan kereta di depannya.

"Kami tidak sempat mengelak lalu melanggar Perodua Myvi tersebut dan kejadian itu menyebabkan saya retak tangan kanan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Hospital Serdang di sini semalam.Wan Mohd Nussain berkata, selepas terjatuh dia bangun semula untuk mencari dan menyelamatkan dua adik serta rakannya.

"Masa itu memang jelas saya nampak adik saya terpelanting. Saya bangun semula dan cari dua adik dan kawan saya. Tak fikir apa dah, cuma nak selamatkan mereka saja.

Artikel Berkaitan:

Kemalangan di KM 25 LDP Ahad lalu menyebabkan empat motosikal merempuh sebuah Perodua Myvi.
Kemalangan di KM 25 LDP Ahad lalu menyebabkan empat motosikal merempuh sebuah Perodua Myvi.

"Saya dengar adik saya jerit kesakitan sebelum saya bersama orang awam lain cuba bantunya sebelum ambulans sampai tidak berapa lama kemudian," katanya.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan Wan Azlan masih terlantar koma kerana kecederaan dalamannya yang teruk, manakala Wan Muhamad patah tangan dan kaki kiri serta rusuk.

"Buat masa ini kami tidak beritahu kepada mak di kampung keadaan Azlan yang koma. Apa yang mak tahu, kami hanya cedera biasa. Saya risau dengan kesihatan mak. Saya serba-salah nak cerita," katanya.

Sementara itu, Wan Muhamad yang ditemui turut menyuarakan keadaan Wan Azlan yang masih lemah.

Wan Muhamad ditemani beberapa ahli keluarga ditemui di pekarangan Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang semalam.
Wan Muhamad ditemani beberapa ahli keluarga ditemui di pekarangan Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang semalam.

"Masa dia berada di Zon Merah untuk rawatan, dia muntah darah. Dia bukan sahaja patah tangan kanan, tapi doktor memasukkan besi di pinggulnya yang cedera teruk," katanya.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, kemalangan kira-kira jam 4.55 petang itu berpunca daripada pemandu Perodua Myvi yang mengekori rapat kereta Mazda CX3 tidak sempat menekan brek lalu melanggar belakang kenderaan itu.

"Perlanggaran itu menyebabkan kereta Myvi terbabit terbabas dan melintang di lebuh raya sebelum dilanggar pula oleh empat buah motosikal yang melalui laluan sama," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat elak kereta...

Kemalangan di KM 25 LDP Ahad lalu menyebabkan empat motosikal merempuh sebuah Perodua Myvi.
Kemalangan di KM 25 LDP Ahad lalu menyebabkan empat motosikal merempuh sebuah Perodua Myvi.