JAS tingkatkan pantauan aktiviti pembakaran terbuka

Mat Sani
Mat Sani
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) menggerakkan empat pasukan bagi memantau aktiviti pembakaran terbuka yang dilakukan di setiap daerah di negeri ini.

Pengarahnya, Mat Sani Mat Daud berkata, pemantauan berterusan ini bertujuan memudahkan pihaknya mengenal pasti lokasi yang perlu diberi perhatian selain memudahkan urusan menyalurkan maklumat kepada jabatan berkaitan, seperti bomba dan sebagainya.

"Punca berlakunya jelebu adalah dari kebakaran hutan yang berlaku di negara jiran sebab kalau kita tengok di negeri lain ada yang mencatatkan bacaan udara tinggi. Namun kita tidak menolak kemungkinan pembakaran terbuka dan hutan di negeri ini juga turut menjejaskan kualiti udara.

Peserta Bengkel PTPP bergambar kenangan selepas hadiri kursus selama dua hari bermuka semalam.
Peserta Bengkel PTPP bergambar kenangan selepas hadiri kursus selama dua hari bermuka semalam.

"Setakat ini pihak JAS membuka tiga kertas siasatan kes pembakaran hutan berskala besar yang berlaku di Pekan. Ia membabitkan pembakaran hutan belukar yang dibuat untuk tujuan penternakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Bengkel Mengkaji Semula dan Latihan Praktikal Pelan Tindakan Pembersihan Pantai Negeri Pahang di Indera Mahkota di sini semalam.

Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak membuat pembakaran terbuka kerana perbuatan itu boleh didakwa di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau lima tahun penjara atau kedua duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan kecil katanya, orang ramai boleh dikenakan kompaun maksimum RM2,000.

Artikel Berkaitan:

"Saya minta orang ramai untuk memastikan tanah persendirian tiada pembakaran. Jika temui kesan pembakaran kecil, padamlah segera dan jika temui orang lain yang membakar, tegurlah mereka.

"Boleh juga salurkan aduan ke pejabat JAS di talian 09-5730636 untuk kita ambil tindakan. Pantau bacaan udara (IPU) di lokasi anda. Sekiranya melebihi 100, hadkan aktiviti di luar rumah untuk kesihatan," katanya.