'Ainul Mardhiah, janji kamu dapat sihat sepenuhnya...'

Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin. Foto: FB AHMAD SAFIUDDIN DAN INSTAGRAM NURUL ERWANI
Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin. Foto: FB AHMAD SAFIUDDIN DAN INSTAGRAM NURUL ERWANI
A
A
A

ADIK Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang telah selamat menjalani pembedahan di London bagi membuang ketumbuhan di mulutnya kini terus menunjukkan perkembangan positif dan menjadi harapan kedua ibu bapanya agar dia membesar secara normal seperti bayi lain.

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, berkata, hampir setahun mereka lalui keadaan ulang-alik ke hospital bagi rawatan Ainul Mardhiah dan mereka sudah biasa dengan situasi itu demi kesihatan bayinya itu.

“Alhamdulillah, Ainul Mardhiah kekal sihat dan menunjukkan perkembangan positif setiap hari. Sudah hampir setahun, kamu keluar masuk hospital, walid dengan mama sudah terbiasa.

“Janji kamu dapat sihat sepenuhnya anak. Besar harapan kami mahu melihat kamu membesar secara normal seperti bayi lain. Insya-ALLAH anak, masa kamu akan tiba nanti. Kamu akan menjadi anak yang bermanfaat dan membahagiakan kami.

“Sekarang, biar mama dan walid berbakti kepada kamu dulu sebab kamu adalah tanggungjawab kami. Apapun berlaku, mama dengan walid akan sentiasa berada di sisi Ainul.

“Kita sudah melalui bersama hampir setahun Ainul,” katanya.

Ahmad Safiuddin yang hampir setiap hari berkongsi perkembangan adik Ainul di Facebook miliknya.

Sementara itu, menjengah di Instagram (IG) ibu Ainul, Nurul Erwani Zaini turut berkongsi keadaan mereka berdua selepas seminggu pulang ke tanah air dan juga luahan rasa kerana tidak sabar ingin pulang ke rumah mereka.

Artikel Berkaitan:

"Alhamdulillah Ainul Mardhiah sihat dari hari ke hari. Hampir seminggu juga Ainul dengan mama jetlag. Sampai sahaja waktu malam, mata kami berdua akan segar sampailah ke subuh. Waktu siang mulalah mengantuk.

"Inilah rutin Ainul waktu waktu jetlag haritu. Sekarang sudah normal balik. Dah boleh dah tidur waktu malam.

Bila kita nak balik rumah ini Ainul? Mama sudah rindu bau rumah," tulisnya

Melihat kepada perkongsian itu, seolah-olah ibu dan bapa Ainul sudah dapat menjangkakan mereka sekeluarga akan meraikan Aidiladha di hospital.

Ainul Mardhiah dan kedua ibu bapanya berada di London lebih dua bulan sejak 25 Mei lalu bagi menjalani pembedahan kanser ‘Germ Cell Tumor’ di mulut.

Ainul dan keluarga telah selamat pulang ke tanah air pada 28 Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ainul selamat pulang ke tanah air