Anggota polis cedera kemalangan

Keadaan Ketua Balai Polis Lubok Cina, Sarjan Mejar Abd Rasid Hasan, 55, selepas terlibat kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan Lereh, Klebang di sini, semalam.
Keadaan Ketua Balai Polis Lubok Cina, Sarjan Mejar Abd Rasid Hasan, 55, selepas terlibat kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan Lereh, Klebang di sini, semalam.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Ketua Balai Polis Lubok Cina, Sarjan Mejar Abd Rasid Hasan mengalami kecederaan selepas motosikal yang ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Lereh, Klebang di sini, petang semalam.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang, ketika mangsa yang berusia 55 tahun sedang dalam perjalanan pulang dari tugasan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang untuk menuju ke Lubok Cina.

Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa.
Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, akibat kemalangan itu, mangsa telah mengalami kecederaan pada bahagian kaki kiri dan tangan kanan.

"Siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Honda City berwarna perak yang dipandu individu berusia 34 tahun dari arah lampu isyarat Batang Tiga menghala ke Tanjung Kling telah membuat pusingan U di hadapan Sekolah Kebangsaan Lereh.

"Tindakan pemandu terbabit telah menyebabkan mangsa yang datang dari arah sama tidak dapat mengelak dan telah bertembung dengan kenderaan terbabit," katanya ketika dihubungi di sini.

Mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Melaka menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: