Tiada elektrik di Pulau Ketam, Sungai Lima 14 Ogos ini

No Image Caption
A
A
A

KLANG - Seramai 1,500 pengguna di kawasan Pulau Ketam dan Sungai Lima di sini mengalami gangguan bekalan elektrik pada 14 Ogos ini.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan berkata, gangguan bekalan elektrik tersebut berikutan kerja penyelenggaraan pencawang utama di Pelabuhan Klang.

"Sepanjang tempoh itu sebanyak lima generator mudah alih akan ditempatkan di pulau terlibat bagi memberi bekalan sementara kepada pihak yang amat memerlukan bekalan elektrik seperti klinik desa dan premis dengan pesakit memerlukan sokongan alat bantu oksigen.

"Tugas sementara di pencawang dari 7 pagi hingga 7 petang itu sebahagian daripada usaha berterusan TNB dalam menyediakan bekalan elektrik yang berdaya harap, selamat dan berkualiti," katanya.

Menurut TNB, kerja-kerja senggaraan yang akan dijalankan adalah inisiatif bagi mencegah gangguan bekalan demi memenuhi keperluan kepesatan pembangunan, pertumbuhan dan kepadatan penduduk di Pelabuhan Klang," katanya.

"Untuk maklumat lanjut, pelanggan yang terlibat dinasihatkan untuk menghubungi Facebook TNB CareLine atau hubungi 1-300-88-5454," katanya.

Artikel Berkaitan: