MB Perak pandang serius isu jual lembu korban

Ahmad Faizal
Ahmad Faizal
A
A
A

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memandang serius dakwaan penjualan dua ekor lembu korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha melibatkan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahagian Bagan Datuk, tahun lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid berkata, Ahmad Faizal kesal kerana dua daripada tiga ekor lembu sumbangan peribadi beliau yang sepatutnya diagihkan kepada golongan asnaf dan rakyat di sekitar Bagan Datuk didakwa telah dijual untuk tujuan lain.

"Susulan satu laporan (kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) yang telah difailkan semalam, menteri besar menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk meneliti dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa pemimpin Bersatu jual lembu korban sumbangan

Semalam, Ahli Jawatankuasa Bersatu Bagan Datuk, Bahaman Tokiran dilaporkan mendakwa dua daripada tiga ekor lembu sumbangan menteri besar telah dijual bagi membeli komputer riba dan mesin pencetak.

Beliau mendakwa hanya seekor sahaja lembu korban diagihkan untuk masyarakat setempat sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: