Jutawan dituduh bunuh isteri warga Malaysia berjaya ditangkap

Gambar kenangan, Peter Chadwick bersama isterinya, Quee Choo Lim
Gambar kenangan, Peter Chadwick bersama isterinya, Quee Choo Lim
A
A
A

LOS ANGELES - Jutawan kelahiran Britain yang melarikan diri lebih empat tahun ditahan di Mexico dan diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk dibicarakan atas tuduhan membunuh isterinya di kediaman mereka di California.

Menerusi laporan AFP, Peter Chadwick, warga negara AS berusia 55 tahun, dikesan berhampiran Mexico City susulan maklumat yang diterima selepas pihak berkuasa menawarkan ganjaran bernilai AS$100,000 (RM418,000), kata polis pada sidang akhbar semalam.

“Hari ini menyeronokkan. Kami menangkap orang buruan dalam Senarai Paling Dikehendaki Amerika.

“Jangan lupakan kisah pahit ini, ada mangsa, isteri penyayang selama 21 tahun, ibu kepada tiga anak,” kata peguam daerah Orange, Todd Spitzer.

Menurut True Crime Daily, Chadwick dan isterinya, Quee Choo Lim, hilang dari rumah mereka pada Oktober 2012.

Peter Chadwick
Peter Chadwick

Polis dihubungi selepas pasangan itu tidak menjemput anak mereka dari sekolah.

Polis kemudian menerima panggilan daripada Chadwick yang mendakwa isterinya dibunuh tukang baiki dan menjadikan dia sebagai tebusan.

Artikel Berkaitan:

Quee, seorang suri rumah sepenuh masa, dilaporkan berasal daripada keluarga kaya Malaysia.

Chadwick berkata, pembunuh memaksa dia memandu ke Mexico untuk membuang mayat.

Namun pegawai polis AS yang menangkap Chadwick beberapa kilometer ke utara sempadan melihat kesan cakaran di leher dan darah kering di bawah kukunya.

Chadwick didakwa mencekik isterinya dalam perbalahan berhubung isu kewangan untuk bercerai.