Pemilik bengkel kena kompaun

Penguatkuasa KPDNHEP Cawangan Mersing ketika melakukan pemeriksaan di bengkel-bengkel di sekitar Mersing.
Penguatkuasa KPDNHEP Cawangan Mersing ketika melakukan pemeriksaan di bengkel-bengkel di sekitar Mersing.
A
A
A

MERSING - Sebanyak tiga kompaun dikeluarkan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Mersing kepada pemilik bengkel kerana gagal mempamerkan senarai harga servis dan alat ganti dalam pemeriksaan dilakukan sepanjang minggu lalu.

Ketua cawangan, Abd Aziz Siamin berkata, tindakan berkenaan dilakukan mengikut Peraturan 3, 4, 5 dan 6 (Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel) 2002.

"Semasa pemeriksaan dilakukan, kita dapati tiada maklumat perkhidmatan serta pernyataan bertulis iaitu senarai harga pembaikan alat ganti kenderaan dan perkhidmatan.

"Kegagalan pihak bengkel untuk memberi pendedahan maklumat berhubung senarai harga alat ganti kenderaan dan perkhidmatan pembaikan serta pernyataan bertulis sebelum dan selepas perkhidmatan pembaikan merupakan satu kesalahan.

Penguatkuasa KPDNHEP Cawangan Mersing ketika melakukan pemeriksaan di bengkel-bengkel di sekitar Mersing.
Penguatkuasa KPDNHEP Cawangan Mersing ketika melakukan pemeriksaan di bengkel-bengkel di sekitar Mersing.

"Kita juga dapati banyak bengkel masih tidak mempamerkan harga perkhidmatan mereka dan kita berharap pengusaha akan mempamerkan harga jika tidak mahu dikenakan tindakan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tanda harga tidak hanya dikuatkuasakan untuk barangan basah terutamanya ketika skim kawalan harga berlangsung, sebaliknya pengusaha lain juga perlu mengambil inisiatif mempamerkan harga perkhidmatan mereka.

Sementara itu, Abd Aziz berkata, sehingga minggu lepas, sebanyak 76 kes pelbagai kesalahan mengikut akta KPDNHEP berjaya dikesan di sekitar daerah itu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, ia melibatkan rampasan bernilai RM5,058 dan kompaun RM10,800 yang mana membabitkan 4,300 pemeriksaan premis.