Pemenang Petronas Sprinta Bonanza 'sambar' Yamaha Y15ZR

AHMAD Shafiq (tengah) bersama jentera Yamaha Y15ZR yang dimenanginya.
AHMAD Shafiq (tengah) bersama jentera Yamaha Y15ZR yang dimenanginya.
A
A
A

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) baru-baru ini meraikan pemenang Peraduan Petronas Sprinta Bonanza untuk bulan Jun lalu.

Pemenang bertuah disandang pemuda berusia 23 tahun, Ahmad Shafiq Ahmad Sharifudin berasal dari Permatang Pasir, Kedah.

Siapa sangka dengan hanya membelanjakan sebanyak RM70 untuk belian dua botol minyak pelincir Sprinta F700, pelatih kesihatan itu layak menyertai peraduan dan memenangi ganjaran lumayan.

Hadiah bulanan berupa sebuah motosikal Yamaha Y15ZR disampaikan oleh Ketua Peruncitan PLMM, Mohd Bahrin Mohd Yunus di Petronas Tanah Liat.

Stesen tersebut merupakan lokasi pembelian minyak Sprinta Ahmad Shafiq.

Peraduan Petronas Sprinta Bonanza yang bermula pada 11 Mac lalu masih berlangsung dan akan tamat pada 30 September ini.

Hadiah utama merupakan sebuah motosikal berkuasa tinggi, Yamaha R6 yang bernilai lebih RM100,000.

Hadiah bulanan sebanyak tujuh buah Yamaha Y15ZR ditawarkan, manakala tempat kedua sebanyak tiga buah Yamaha R25 tersedia.

Artikel Berkaitan:

Lebih menarik, semua motosikal yang ditawarkan diberi sentuhan airbrush livery sempena pasukan Petronas Yamaha SRT pada kejohanan dunia MotoGP.

Berikut ialah senarai pemenang motosikal Yamaha Y15ZR setakat ini:

  • Mac: Sahrulnaim Sahrahan
  • April: Mohd Arif Mohmad Yasin
  • Mei: Muhamad Faez Aju
  • Jun: Ahmad Shafiq Ahmad Sharifudin

Masih terdapat tiga buah Yamaha Y15ZR untuk dimenangi sehingga tamat tempoh peraduan.

Hadiah utama dan kedua bakal disampaikan di Litar Sepang bersempena MotoGP pada November nanti oleh pelumba-pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT iaitu Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

Maklumat lanjut peraduan boleh didapati di Facebook PETRONAS Sprinta Malaysia dan Instagram @petronas_sprintamy.