Bersatu Tenggara gesa siasat aktiviti korek pasir haram

Aktiviti korek pasir di kawasan sungai di Felda Bukit Ramun dan Kampung Semanggar Dalam yang didakwa tiada lesen sah.
Aktiviti korek pasir di kawasan sungai di Felda Bukit Ramun dan Kampung Semanggar Dalam yang didakwa tiada lesen sah.
A
A
A

KOTA TINGGI - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tenggara menggesa pihak berkenaan melakukan siasatan terhadap aktiviti korek pasir di kawasan sungai di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Bukit Ramun dan Kampung Semanggar Dalam.

Ketuanya, Hasan Rashid berkata, aktiviti tersebut yang dipercayai dilakukan tanpa mempunyai lesen sah telah menyebabkan pencemaran sungai.

Menurutnya, aktiviti korek pasir itu berlaku di kawasan Ulu Sungai Johor sejak kira-kira lima tahun lalu.

Aktiviti korek pasir itu berlaku di kawasan Ulu Sungai Johor sejak kira-kira lima tahun lalu.
Aktiviti korek pasir itu berlaku di kawasan Ulu Sungai Johor sejak kira-kira lima tahun lalu.

"Keadaan ini telah menyebabkan pencemaran kepada sungai di mana dengan secara sengaja melalui aktiviti itu sampah-sampah telah dilepaskan tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP).

"Aktiviti korek pasir juga dilakukan di waktu siang," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, pihaknya telah membawa perkara tersebut kepada pihak yang berkenaan dan meminta agar siasatan lebih lanjut dapat dijalankan.

Jelasnya, apa diharapkan tindakan akan diambil sekiranya aktiviti berkenaan dilakukan secara haram sekali gus dapat menjaga kebersihan sungai.

Artikel Berkaitan: