Angka cedera letupan di Kabul meningkat 95 orang

No Image Caption
A
A
A

KABUL - Jumlah mangsa yang cedera akibat letupan kuat menggegar Afghanistan awal hari ini meningkat kepada 95 orang.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nasrat Rahimi berkata, serangan berlaku sekitar jam 9 pagi (waktu tempatan) di barat Kabul apabila sebuah bom kereta diletupkan berhampiran balai polis.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Kesihatan, Wahidullah Mayat berkata, kebanyakan mangsa adalah orang awam terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Saksi di tempat kejadian berkata, beberapa das tembakan turut didengari sejurus letupan kuat itu.

Keganasan terbaharu itu berlaku di tengah-tengah rundingan damai antara Amerika Syarikat dan kumpulan Taliban menjelang pilihan raya pada 28 September depan..

Taliban mengaku mendalangi serangan terbabit. - AFP

Artikel Berkaitan: