Ajal langgar kren

Keadaan motosikal mangsa selepas melanggar belakang kren di susur jalan menghala Puncak Alam, pagi tadi.
Keadaan motosikal mangsa selepas melanggar belakang kren di susur jalan menghala Puncak Alam, pagi tadi.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar belakang kren di Jalan Persiaran Puncak Alam 6, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, dalam kejadian jam 8.27 pagi itu mangsa, Muhamad Akmaluddin Kamaruddin, 26 beralamat dari Taman Rambai Melaka maut di lokasi kejadian.

Menurutnya, motosikal jenis SYM ditunggang mangsa melanggar bahagian kanan kren di lorong susur jalan menghala Puncak Alam.

"Mangsa maut akibat cedera parah di bahagian kepala dan patah kaki kanan sementara pemandu kren berusia 62 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes diteruskan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: