Wanita melecur tong gas meletup

Tong gas meletup di sebuah rumah di Kota Sultan Ahmad Shah hari ini.
Tong gas meletup di sebuah rumah di Kota Sultan Ahmad Shah hari ini.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMASKINI] Seorang wanita berusia 21 tahun melecur 50 peratus dalam letupan tong gas di sebuah rumah di Kota Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, wanita tersebut tidak sempat menyelamatkan diri apabila tong gas di rumahnya tiba-tiba meletup.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul berkata, sembilan anggota dan pegawai bomba bersama dua jentera ke lokasi sebaik sahaja panggilan kecemasan diterima.

Letupan tong gas turut menyebabkan cermin pintu pecah dan jeriji besi rosak.
Letupan tong gas turut menyebabkan cermin pintu pecah dan jeriji besi rosak.

"Sebaik sahaja tiba di lokasi seorang perempuan didapati tercedera dan melecur di bahagian badan tetapi tidak terlalu serius. Hanya mangsa yang berada di rumah, manakala ahli keluarga lain sudah keluar.

"Mangsa tidak sempat keluar menyelamatkan diri kerana tong gas tiba-tiba meletup," katanya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut.

"Mangsa berada dalam keadaan stabil dan diberi rawatan kecemasan. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, kita buat pemeriksaan teliti bagi memastikan tiada apa-apa punca yang boleh menyebabkan letupan atau kebakaran berulang," katanya.