Kebangkitan teknologi Ai China cetus polemik

SALAH satu replika pelbagai jenis peluru berpandu yang digunakan tentera PLA yang dipamerkan di Muzium Tentera di Beijing, China.
SALAH satu replika pelbagai jenis peluru berpandu yang digunakan tentera PLA yang dipamerkan di Muzium Tentera di Beijing, China.
A
A
A

RANCANGAN China untuk lebih menumpukan teknologi kecerdasan pembuatan (Ai) baharu bagi ‘memerangi dan memenangi peperangan’ pastinya mendapat perhatian Amerika Syarikat (AS).

Perkongsian www.voanews.com mencetuskan pelbagai andaian terhadap usaha negara republik itu untuk bersaing dengan kuasa besar Barat sekali gus meningkatkan pengaruh People Liberation Army (PLA) serantau.

Menurut Johannes Heller dari Institut Mercator Institut Pengajian China (MERICS) di Berlin, kerajaan baharu ‘kertas putih’ itu dilihat mula menerokai teknologi baru seperti Ai dan pengkomputeran awan untuk ketenteraan.

“Meskipun China masih tertinggal di belakang negara lain dari segi teknologi ketenteraan, namun Beijing telah melancarkan kempen utama untuk merapatkan jurang dengan Barat dalam beberapa inovasi baharu.

“Dasar dan strategi yang dilaksanakan seperti integrasi sivil-ketenteraan atau Made in China 2025, antara lain dilihat membantu tentera China untuk melangkah lebih jauh," ujarnya.

Bagaimanapun, langkah Beijing terhadap penyelesaian ketenteraan berteknologi tinggi cukup signifikan memandangkan sebelum ini AS pernah menyuarakan kebimbangan terhadap penglibatan China dalam rangkaian data 5G ultra pantas.

Washington juga sebelum ini secara efektif menghalang syarikat China seperti Huawei membina rangkaian 5G dan menyarankan sekutunya untuk memboikot syarikat gergasi itu.

Kebimbangan AS lebih bertambah dengan pelaksanaan dasar perdagangan asing China yang mampu meningkatkan pengaruh ke luar negara sekali gus mencuri teknologi asing.

Artikel Berkaitan:

"Kebanyakan teknologi yang hadir ketika ini mempunyai kepentingan dwi-guna, sama ada mereka mempunyai kegunaan awam dan tentera.

"Oleh itu, kemungkinan pentadbiran Trump sedang mempertimbangkan bagaimana teknologi sensitif ini dapat memberikan keuntungan ekonomi China, dan pada masa sama, membantu dalam pemodenan PLA," kata Johannes lagi.