34 cedera letupan kuat Kabul

No Image Caption
A
A
A

KABUL - Sekurang-kurangnya 34 orang cedera apabila letupan kuat menggegar Afghanistan awal hari ini, kata pegawai dan saksi.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nasrat Rahimi berkata, letupan berlaku sekitar jam 9 pagi (waktu tempatan) di barat Kabul.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Kesihatan, Wahidullah Mayat berkata, kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital.

Saksi di tempat kejadian berkata, beberapa das tembakan dapat didengari sejurus letupan kuat itu.

keganasan terbaharu itu berlaku di tengah-tengah rundingan damai antara Amerika Syarikat dan kumpulan Taliban bagi mengakhiri konflik hampir 18 tahun di Afghanistan. - AFP

Artikel Berkaitan: