8 lelaki positif dadah ditahan

Operasi Cegah AADK menahan lapan lelaki positif methamphetamine.
Operasi Cegah AADK menahan lapan lelaki positif methamphetamine.
A
A
A

PASIR PUTEH - Lapan lelaki ditahan dalam Operasi Cegah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Pelabuhan LKIM Tok Bali kelmarin.

Ketua Pegawai AADK Pasir Puteh, Azlina Mohd Zain berkata, lapan lelaki berusia dari 19 hingga 50 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, seramai 28 orang menjalani saringan air kencing dan 20 daripada mereka disahkan negatif.

"Empat daripada lapan yang ditahan merupakan kes baru, tiga kes penagih berulang dan satu kes berulang," katanya.

Menurutnya, lima daripadanya ditahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Penagihan Dadah sementara tiga lagi di bawah Seksyen 6(2) (a-f) akta sama.

Azlina berkata, operasi dari jam 6 pagi hingga jam 12 tengah hari itu membabitkan 26 pegawai dan anggota AADK negeri dan AADK Pasir Puteh.

Artikel Berkaitan: