Bapa Ezad Lazim meninggal dunia akibat jangkitan kuman

Instagram Ezad
Instagram Ezad
A
A
A

BAPA kepada bekas vokalis kumpulan Exists, Ezad Lazim iaitu Mohd Lazim Ismail meninggal dunia kira-kira jam 7.25 malam tadi.

Ezad yang kini sibuk dengan program Muzikal Lawak Superstar menyampaikan sendiri berita sedih itu melalui akaun media sosialnya.

Menerusi laporan BH Online, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, akibat De kuman di bahagian pinggang yang seterusnya merebak ke paru-paru.

Allahyarham yang pernah menjadi pemuzik bersama kumpulan muzik di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman UDA, Alor Setar, esok.

Difahamkan sebelum ini, Ezad ada berkongsi mengenai Allahyarham yang beberapa kali dimasukkan ke hospital akibat komplikasi penyakit yang dihidapinya.

Artikel Berkaitan: