Ikatan persoal status program air percuma Selangor

Aifaa Zaffan Bagauddin Abdul Aziz
Aifaa Zaffan Bagauddin Abdul Aziz
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) mendesak kerajaan negeri mengemukakan maklumat terperinci status Skim Air Percuma 25 meter padu yang dibentangkan dalam Belanjawan 2019.

Ketua Pemuda Ikatan Selangor, Aifaa Zaffan Bagauddin Abdul Aziz berkata, rakyat Selangor khasnya golongan B40 masih tertanya-tanya status di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) itu.

Menurutnya, jelasnya program itu masih belum dilaksanakan meskipun sudah memasuki suku ketiga tahun ini.

"Menteri Besar, Amirudin Shari maklumkan peruntukan bagi skim itu adalah RM80 juta. Selepas penjajaran dilakukan, kerajaan negeri membuat penjimatan sebanyak RM105.2 juta.

"Jika skim ini tidak dapat dilaksanakan, ke manakah peruntukan RM80 juta ini disalurkan? Adakah jika skim ini dibuat tahun ini maka ia turut mengambil kira bil dari Januari sehingga Ogos ini?," katanya.

Aifaa Zaffan berkata, beliau menganggap kerajaan negeri bersikap sambil lewa, sekadar memberikan janji manis dalam Belanjawan 2019 tanpa meletakkan penanda aras bagi tempoh pelaksanaan.

"Isu air di Selangor semakin meruncing dengan kekerapan gangguan air. Dulu alasannya kerana kerajaan Pusat masih ditadbir BN tapi kini semua konsesi air telah di bawah kerajaan negeri.

"Kerajaan Pusat juga sudah di bawah Pakatan Harapan, namun isu gangguan bekalan air masih terjadi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, rakyat Selangor harus sedar apabila keadaan politik tidak stabil ia akan merugikan rakyat.

"Malah, wang yang telah diperuntukkan untuk program kebajikan juga tidak dapat dilaksanakan sebaik mungkin," katanya.